Monday, September 22, 2014


KESAN HUKUM KANUN MELAKA KEPADA UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA







- Perundangan

Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.
Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam
Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temengung. Undang-undang adat yang
tidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh
mengunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi
kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan
masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka
mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah
jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahan perkapalan,
perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan denganya. Kedua-dua
kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum
adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 192 : 29).
Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan
Malaysia hari ini. Perlembagan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan
negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu
persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah
dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah29
syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan
keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.
Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang- undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh
tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang
sarjana barat seperti Wiliam R. Rof dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau
Undang-Undang Melaka pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping
berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah
sejajar dengan perkatan-perkatan yang terdapat di dalam undang-undang tersebut
antaranya menyebut, ".Mengikut hukum Alah, pada hukum Alah, menurut dali al- Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar". Terdapat juga undang- undang yang berhubung dengan jenayah, muamalah, kekeluargan, keterangan dan
acara yang berpandukan undang-undang Islam (Afiah Abu Yazid, 203 : 41).



HUKUM KANUN MELAKA
PENDAHULUAN :

Pembukaan Melaka :
  • Dibuka oleh Parameswara pada tahun 1402
  • Berkembang menjadi Bandar Pelabuhan Antarabangsa pada abad ke15.
  • Pada tahun 1414 Parameswara memeluk Islam dan agama Islam mula tersebar .
 Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :
  • Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.
  • Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan  Undang-undang Laut Melaka.
  • Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.
  • Isi kandungannya meliputi undang-undang Jenayah, Muamalah, Kekeluargaan,   keteranagan dan Acara.
Isi :
Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka
  1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
  2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat  Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan.Hukum Ta’zir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.
Undang-undang Muamalah,
  • Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.
Undang-undang Keluarga
  • Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.
Undang-undang Keterangan dan Acara
  • Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.
Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.
Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :
  1. Sultan berada di atas undang-undang  ( Konsep Devaraja)
  2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya  Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
  3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh  Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.
Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :
  • Tidak amalkan persamaan taraf,  ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti
Konsep Daulat dan Tulah :
  • Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.
Pengaruh adat Temenggung :
  • Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.
Kesimpulan :
Walaupun HKM   diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai  rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan dengan syarak.